Friday, August 12, 2011

Gandakan Nilai Harta Dengan Melabur Emas

PERTAMA kali dalam sejarah harga emas melepasi AS$1,800 seauns. Ini berikutan kebimbangan pelabur di Amerika Syarikat selepas had hutang negara tersebut dinaikkan buat kali ke 75 dan kemungkinan kelegaan kuantitatif dilakukan lagi.
Emas dilihat sebagai pelaburan yang selamat memandangkan ketidakupayaan kerajaan tersebut mengatasi masalah ekonominya.

Tindakan pelabur ini telah membuatkan Certified Gold Exchange dan J.P.Morgan Chase & Co mengemaskinikan ramalan kenaikan harga emas kepada AS$2,500 seauns.
Sejak 10 tahun lalu harga emas telah meningkat sebanyak 700 peratus (%). Kebimbangan pelabur bukan saja tertumpu kepada apa yang sedang berlaku di Amerika tetapi merebak kepada krisis hutang euro.

Rajah 1: Graf Pergerakan Harga Emas Sepanjang 10 tahun lalu.

Setakat ini Portugal, Ireland, Greece, Sepanyol dan Itali telah mengalami masalah defisit dan kemasukkan Itali, ekonomi ketiga terbesar di Eropah telah menambahkan kebimbangan para pelabur.
Minggu lepas kita telah dikejutkan dengan keruntuhan pasaran saham dunia, seluruh dunia, bukan di Amerika sahaja, malahan Eropah dan Asia hilang nilai modal pasaran bernilai hampir AS$4.4 trilion.

Walaupun keputusan Federal Reserve di Amerika tidak menaikkan kadar faedah melegakan pasaran sementara tetapi dari segi asas, Amerika dan Eropah masih lemah.
Walaupun kejatuhan di Malaysia dari segi peratusan lebih rendah daripada lain-lain bursa, tetapi dianggarkan RM91 bilion telah lenyap daripada nilai modal pasaran saham kita.
Apabila pasaran saham runtuh, pelabur lari mencari tempat yang selamat dan salah satu yang paling selamat ialah emas.
Rajah 2: Jongkong Emas Ketulenan 999.9

Beralih kepada pelaburan emas di Malaysia, pelaburan emas belum begitu menyerlah terutama sekali di kalangan orang Melayu.
Kebanyakan orang Melayu gemar membeli barang kemas yang dicampurkan dengan logam lain dan bukan seperti emas ketul yang ketulenannya di paras 999.99.
Apabila barang kemas dijual balik potongan sebanyak 30 sehingga 40 peratus dikenakan daripada harga semasa. Oleh itu ada baiknya melabur dengan emas yang ketulenannya 999.99.
Pada sesiapa yang berminat boleh memiliki syiling emas melalui Maybank dan buku simpanan melalui Public Bank.

Rajah 3: Miliki Barang Kemas yang tidak dicampur logam lain.

Saya ingin menyarankan koperasi-koperasi melabur dalam emas. Kita lihat lima tahun dulu harga emas seauns ialah AS$520 dan hari ini sudah mencecah AS$1,800.
Pelaburan inilah yang bukan saja boleh menguntungkan koperasi sendiri tetapi juga ahli-ahlinya.
Keahlian keseluruhan koperasi di negara kita tidak kurang daripada 8 juta orang. Bayangkan kita dapat meningkatkan kekayaan orang Melayu berlipat kali ganda apabila melabur dengan emas.
Memang benar sistem ArRahnu sudah lama diwujudkan selaku pajak gadai Islam dan penggadai memperoleh setakat 65% daripada nilai emas yang dipajakkan.
Pada waktu yang sama upah simpan antara 0.5 sehingga 1% dikenakan untuk kadar maksimum selama 6 bulan.

Bagi pihak koperasi, ia boleh memberikan pinjaman untuk membeli emas yang disimpan selaku cagaran oleh koperasi dan ahli diberikan 65% daripada nilai emas yang disimpan dan boleh mengenakan sedikit faedah yang jauh lebih rendah daripada upah simpan melalui ArRahnu.
Kita mempunyai satu-satunya badan koperasi yang memiliki kaitan dengan beberapa koperasi yang lain dan diurus dengan betul serta berhati-hati dalam porfolio pelaburannya iaitu Angkasa.

Angkasa boleh mengambil langkah awal ini yang bakal menguntungkan sejumlah besar keahlian koperasi negara ini. Sekian lama orang Melayu tidak begitu mengambil berat tentang pelaburan emas tulen ini dan banyak pengaruh seperti FOREX yang mengalih perhatian orang Melayu kepada satu-satu pelaburan yang berisiko tinggi.
Satu-satu syarikat bumiputera yang terbabit dengan urusan jual beli emas ini ialah syarikat Serambi Emas yang mempunyai akses kepada London Gold Bullion Market dan pasaran emas di Switzerland, Jepun, Australia dan Dubai.

Sekarang majlis penerangan tentang pelaburan emas sedang giat dikendalikan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pelaburan emas.
Inilah satu-satunya peluang bagi masyarakat Melayu melipat gandakan nilai harta mereka. Usaha-usaha yang lepas telah menunjukkan yang kita masih lagi jauh ketinggalan dari segi memiliki kekayaan.


DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas
Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur
(kini Bursa Malaysia)



Monday, July 25, 2011

Sandarkan pada 999.9


MEMANG mereka bukan Tuhan. Tapi mereka punya fakta kukuh pengandal hujahan. Bukan saya kemukakan cadangan tanpa mengkaji kesahihan pendapat pakar-pakar ekonomi dunia yang meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yang bakal meranapkan tugu ekonomi kapitalis, selama ini mendominan.


Tegar benar dia mempersenda usul saya agar membayar separuh daripada gaji tenaga kerja syarikat dengan dinar dan dirham. Mengganda penyimpan nilai aset syarikat selain dalam saham hartanah kepada bentuk emas tulen logam terindah ciptaan Allah.

Melihat dia masih lagi sangsi, saya tampilkan pentaukid bukti dengan mengutip bicara bapa ekonomi Islam. Ibn Khaldun menegaskan, jika tidak guna emas sebagai mata wang, ia mengundang krisis kewangan. Amaran itu sudah ternyata sahih apabila dunia menyaksikan tercetusnya krisis kewangan 14 tahun lalu secara berepisod. Malah kali ini dijangka lebih teruk.

Masakan dia tak faham, apabila ekonomi kapitalis menjunam, semua orang tidak lagi boleh membuat sebarang transaksi apatah lagi mengambil wang dalam mana-mana institusi perbankan? Hairan yang bukan kepalang melontar asak tanya saya ke kantung e-melnya.
Bukankah pernah kita berbincang selepas pulang dari menghadiri ceramah Matthias Chiang?
Kau terpegun apabila bekas penasihat politik Tun M itu jujur dalam wacananya biarpun kedengaran sangat gerun. Buku Future Fastfoward tulisan penganut Kristian Katolik yang anti Zionis itu sama-sama kita kupas sambil menikmati sepiring sukun.

Tidak cukupkah lagi bukti-bukti himpunan Chiang berupa kenyataan oleh penasihat-penasihat Bush, profesor di Havard dan Oxford, tulang belakang IMF, Bank Dunia dan para sifu Zionis yang mahir memanipulasi segala sumber kekayaan yang menyatakan sistem ekonomi kapitalis akan berantakan?
Bukankah kau sedia maklum tentang keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930-an? Lupakah juga kau bahawa dunia ini sekadar pinjam-pinjaman dan segalanya berkemungkinan? Sayang sekali hal sedemikian tidak dibahaskan dalam perhimpunan parti tahunan meski ia kian hampir menjadi kenyataan. Lima tahun bukanlah tempoh yang panjang, kawan!

Persoalan demi persoalan yang tidak dapat saya ajukan secara berhadapan, semuanya saya hantar ke mel elektroniknya. Sementara jiwa saya bertambah yakin apabila kakak yang pernah mewawancara Prof. Umar Vadillo ketika dia datang bertemu Tun M di Hotel Prince, teguh menyokong usaha saya ini.
Kakak berkongsi ilmu hasil menemubual pengkaji sistem kapitalis terkenal itu yang menerangkan secara rinci tentang sistem ini memang di ambang kehancuran. Sebab itulah ramai bijak pandai sekarang mulai beli duit emas keluaran syarikatnya yang beribu pejabat di Dubai dan bercawangan di Labuan.

Kemusnahan


Ujarnya tanpa sembunyi, warga Malaysia paling banyak simpan duit emas dalam akaun syarikatnya ialah dua orang Tun. Maknanya kedua-dua Tun ini sememangnya sudah lama bersedia untuk menghadapi kemusnahan sistem ciptaan Yahudi ini.

Bagaimana lagi harus dia, saya yakinkan? Sesekali datang perasaan mahu sahaja membiarkan lelaki lewat 30-an yang memang sinonim dengan kedegilan itu meniru aksi Luncai yang terjun dengan labu-labunya. Tidak tergamak pula rasanya untuk membiarkan kawan baik sendiri hanyut tanpa pertolongan.
Mungkinkah kerana perkenalan dengan rakan laman sosialnya yang dikatakan sanggup terbang dari Manhattan dan menawarkan diri untuk bekerjasama dengan anak syarikat Wangsajati itu punca utama rakan kongsi saya tiba-tiba bertingkah fikrah, memacu hala tuju sendiri?

Usai mesyuarat tadi, tidak saya sangka sama-sekali dia bangun dengan suara keras lalu menyanggah berapi-api cadangan saya agar membeli dan menyimpan aset emas dalam bentuk jongkong dan dinar buat bekalan menghadapi wabak krisis ekonomi yang bakal menular.
Barangkali, perancang strategi pelaburan syarikat Wangsajati itu perlu membaca sebuah lagi buku karangan Profesor Kamil Shufaad Bakri dari Fakulti Ekonomi di Taman Ilmu dan Budi. Zarah-zarah intelektual saya mula berdiskusi, mengusulkan cadangan berisi.

Susunan harta intelektual bangsa yang saya atur rapi menghiasi almari kamar bacaan, satu demi satu diamati. Akhirnya saya temui sejilid catatan sendiri ketika mendengar kuliah Prof. Shufaad Norani. Sayang sekali judul bukunya dirosakkan oleh tumpahan air pada dakwat basah atas kertas itu. Indera, minda dan jiwa pantas membaca ringkasan saya tulis baris demi baris.

Wang kertas atau dipanggil juga wang elektronik dalam bentuk angka itu sebenarnya tidak wujud pun dalam bank. Duit kertas yang disimpan di bawah bantal atau dalam tabung di rumah pula, saban tahun akan menyusut dan mengecut nilainya dengan teruk. RM1,000 hari ini tidak boleh membeli barang yang sama pada masa depan.
Peluh dingin mulai merenik dan perlahan-lahan berkumpul menuruni alur dahi terutama apakala saya tekun membaca penerangan ilmuan itu seputar kreasi wang (money creation)oleh pihak bank. Masalahnya, cerita fasal ini tidak disiarkan dalam akhbar arus perdana negara.

Kebenaran

Betapa kesal saya memikirkan akhbar utama hanya memetik bulat-bulat laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang jauh menyimpang dari kebenaran. Apa salahnya jika sesekali kutiplah juga isi-isi dari dalam akhbar sekutu Zionis seperti Herald, Weekly Commentator atauJerusalem Post. Bukan payah pun untuk akses versi maya. Inilah akhbar yang menemani sarapan pagi sifu-sifu Zionis.

Saya bertekad mahu mempertahankan pendirian saya di hadapan semua pemegang saham utama syarikat. Gigih saya menyelidik melalui Internet tentang kecairan wang. Kemudian saya kaji dengan mendalam hakikat kekayaan sebenar dalam Islam.

Jantung saya bagaikan disambar petir apakala minda mentafsir informasi menzahir. Ia sama seperti sejak dari alam kuliah lagi sudah pun saya fikir. Tanah. Moleknya berlokasi di tepi sungai atau yang berhampiran dengan sumber air mengalir. Emas dan perak. Sekali lagi dengupan jantung mengeraskan rentak.


Az-zahab wal fiddah inilah yang sedang dikumpul oleh juak-juak Zionis. AS dan Eropah dijadikan lokasi penyimpan rezab emas terbesar. 

Berkehendakkan emas, mereka tukar kepada negara lain dengan duit kertas. Puak-puak Zionis inilah juga pemilik bank-bank utama dunia yang rancak mengatur dan memanipulasi kewangan dunia tanpa puas.
Mustahil Mukallaf lupa akan sejarah dan asal-usul institusi perbankan? Amat tidak logik kalau dia tidak tahu yang kita semua satu dunia, simpan duit kertas yang menurut pakar ekonomi tidak akan bernilai di kemudian hari. Bukankah berlambak-lambak dalam laman sesawang bercerita tentang "kematian wang"?
Tidakkah sarjana ekonomi itu baca apa yang saya baca, sedangkan selama ini pemikiran kami serupa?

Tercemar

Tanah, emas, minyak dan air bersih. Saya pahat empat khazanah Allah yang bernilai ini dalam benak. Sebak dada saya membayangkan air akan tercemar dengan teruk di masa depan. Sekarang pun sumber utama air iaitu sungai banyak yang tercemar. Kita sewenang-wenangnya mengabaikan kebersihan walhal ia warisan yang kita pinjam daripada generasi akan datang.

Saya masih belum berpuas hati dengan segala bahan yang saya kumpulkan sebagai isi presentasi esok. Saya teruskan pembacaan di talian maya.
BBC melaporkan pada tahun 2001, air Sea of Galilee (sebenarnya ia sebuah tasik) di Palestin sedang surut dan belum menampakkan petanda akan pasang semula. Saintis membuat perkiraan dalam tempoh 50 tahun lagi tasik itu akan kontang, tiada setitis pun bersisa. Timur Tengah dan Zionis akan bercakaran kerana air pula.

Menurut pendapat penganalisis kemelut dunia, era dahaga menjarah separuh kedua abad ini lantaran tiada air dan alam maya bakal bergelap-gelita kerana tiada minyak untuk menjana kuasa elektrik setelah habis sumbernya.
Serta-merta saya teringat pada seminar nuklear yang saya hadiri setahun yang sudah. Seorang pakar dari Jepun mengatakan minyak dalam bumi hanya bertahan selama 30 tahun sahaja hayatnya.

Saya bertanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, "Apa tindakan kita sebab negara tak ada polisi tenaga nuklear?"
Selamba jawabnya, "Tiada komen. Awak tanya sendiri kepada menteri."
Saya hubungi pejabat menteri berkenaan tapi rezeki tidak menyebelahi, dia keluar negara atas urusan peribadi menguruskan pendidikan anak. Ketika itu saya sedang menulis artikel mengenai polisi tenaga nuklear negara sebagai persediaan menghadapi kepupusan minyak.

Kakak juga memaklumkan dia pernah wawancara seorang jutawan emas, Datuk Syukor Hashim yang mengakui dia tidak menyimpan wang kertas (fiat money) dalam bank, tapi simpan duit emas.
Ujar Datuk Syukor, "fiat, perkataan Latin bermaksud 'just to it.' Kublai Khan diisytihar oleh pengkaji matawang sebagai pencipta wang fiat pertama dunia. Ia pupus sedangkan dinar dan dirham musuh wang kertas.




Syiling emas seberat 4.25 gram pada zaman Rasulullah dapat membeli seekor kambing dan sekarang dengan nilai 1 dinar bersamaan RM654 pada 1 Mac 2011 juga boleh membayar seekor kambing. Kini setelah 1400 tahun berlalu, harga seekor ayam sekitar 1 dirham (wang perak seberat 2.975 gram) bersamaan RM20.00."

Minda saya teringatkan sesuatu. Tentang tiga buah buku yang berkaitan wang kertas dan hubungkaitnya dengan riba (faedah bank) yang dihadiahkan oleh Datuk berkenaan. Oleh kerana hobi menulis memujuk saya menjadi ulat buku, sengaja kakak minta saya simpan buku-bukunya itu.
Helaian demi helaian buku koleksi pakar penganalisis kewangan itu terus saya hadam tanpa toleh kiri kanan meskipun perut mulai memberi isyarat meminta hak. Saya kira mashlahah ummah dan negara lebih mustahak.
Kalbu saya tak lekang berdoa agar Mukallaf dan para pemegang saham utama syarikat Wangsajati perasan akan peranan riba, duit kertas dan duit elektronik sendirilah punca penyebab kepada kehancuran sistem ekonomi kapitalis yang bakal menjelma sedikit masa nanti.

Sengaja saya memilih judul senjata makan tuan ini untuk digarisbawahkan. Ia bukti jelas krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros pada zaman saya dan Mukallaf selesai mencapai status graduan.
"Ish, masakan semua kandungan bahan bacaan yang aku pinjamkan, telah Mukallaf luputkan dari ingatan?" Komen saya sendirian. Secalit kecewa memalit rasa memikirkan Zedrin Mukallaf sengaja memalapkan obor jiwa sufi fikrah haraki yang bertahun-tahun saya nyalakan dalam kalbu dan mindanya. Mengapa tidak gen ayahnya yang lahir di bumi yang sama dengan Yusuf al-Qaradawi mendominasi peribadi, mengalahkan asuhan ibunya yang taksub dengan gaya keluarga korporat berlatarkan pendidikan sekular negara kiwi?

Rakan kongsi berdarah kacukan Arab-Melayu itu acapkali saya mesrakan dengan kitab-kitab ulama silam. Kekaguman saya kian membara apabila dia mula menyukai fikrah Syed Qutub dan Hassan Al-Banna.
Nama pemberian bonda, kata Mukallaf, sangat sinonim dengan personaliti saya yang baginya memancarkan semangat, sumber tenaga dan sinar cahaya pencerahan jiwa.
Ucapan bombastik itu saya terima daripada Mukallaf sewaktu meraikan kejayaan saya memperolehi tender menyiapkan medan simulasi di Kementerian Pertahanan bagi mempersiapkan perwira negara ke medan peperangan dunia.

Setelah jeda seketika dibuai kenangan silam, selepas hak badan usai saya tunaikan, kewajipan kepada Pencipta pun sudah saya langsaikan. Senaskah al-Quran berkulit keras warna kemilau emas dan bercetak perak mengembalikan ingatan saya kepada tugas untuk memahamkan kawan seperjuangan apa sebenarnya hakikat kekayaan yang agama sarankan.

Maha Suci Allah menyerlahkan kebenaran nyata. Tatkala membaca Surah Yusuf, terkesima saya seketika. Tentera-tentera sebak, sayu dan hiba mula menguasai kota jiwa. Genangan di tubir mata gagal diseka, mula berkompromi dengan rasa.


Wahai Nabi Allah Yusuf a.s, betapa bersyukur dan berterima kasih daku atas kebijaksanaan dan kasih sayangmu sejak berabad lama dahulu. Segala peringatan dan pesananmu akan daku hebahkan.
Bersaksilah bahawa akan aku gegerkan betapa AS sekarang, selain emas dan minyak, sedang giat menyimpan sebanyak-banyaknya stok makanan.

Duit kertas dan duit elektronik dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berlegar- legar di luar AS. Menanti saat kejatuhan.
Begitu saya berkasam pada diri sendiri selepas menghayati intipati Surah Yusuf dan merujuk banyak rencana mengenai krisis dolar Amerika. 

Saya menterjemah kenyataan Warren Buffet, pelabur terulung dan manusia kedua terkaya di dunia.
"Kenaikan harga emas ini disebabkan ia tidak memiliki nilai nyata kecuali harga pasaran."
Dan kenyataan Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, dipetik sebagai berkata,we have a 75% chance of a crisis within 5 years.

Semoga ada yang berasa seperti terkena getah nangka dengan kesengajaan saya mengekalkan bahasa ibunda Volker sebagai penempelak kepada ahli lembaga pengarah yang gemar meminjam lidah penjajah ketika bersidang di meja bulat syarikat yang sepenuhnya berstatus bumiputera.
Berpuas hati dengan segala dalil hujahan, sepenuh keyakinan saya khatamkan akhir perenggan kesimpulan dengan sepotong hadis daripada Abu Bakar Ibn Abi Maryam yang meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Suatu masa akan sampai kepada manusia di mana tidak ada apa lagi yang tinggal berguna kecuali dinar dan dirham." (Musnad Imam Ahmad bin Hanbal). Sebuah tanda tangan saya turunkan pada halaman akhir kertas pembentangan jelas boleh dibaca. Kirana.

Melalui sistem khidmat pesanan ringkas, saya kirimkan sebuah gubahan aksara kepada Mukallaf dengan iringan doa agar Allah sudi membaiki kompas imannya yang terbabas.


Setia mengajar saya, jika mahu jadi pencinta budiman sandarkan pada kenangan dan bijaksana mengajar saya, jika mahu jadi hartawan dermawan sandarkan pada emas 999.9!



Dinar emas baik, tetapi perlu ambil masa



Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Apa Khabar tetamu Wilayah Emas yang dikasihi sekalian. Saya mendoakan moga kalian sentiasa gembira dan sihat bersama keluarga. Terasa sekian lama saya tidak mengarang di wilayah ini dek kerana kesibukan kerjaya. kali ini saya ingin memaparkan arkib berita di akhbar yang ada berkaitan dengan emas moga kita semua dapat mengambil iktibar.

KUALA LUMPUR 10 Julai - Beberapa pakar ekonomi berpendapat penggunaan dinar emas dalam urus niaga merupakan cadangan yang baik tetapi ia memerlukan beberapa penyesuaian sebelum dapat dilaksanakan.

Penganalisis ekonomi, Dr. Haim Hilman berkata, sebagai permulaan, penggunaan dinar emas boleh dimulakan di antara syarikat dengan syarikat sebelum diperluaskan ke peringkat urus niaga harian.

"Jika dilakukan menggunakan pendekatan yang komprehensif, ia pasti boleh menggantikan sistem mata wang yang sedia ada," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketua Hakim Syarie Kedah, Datuk Syeikh Yahaya Yusof kelmarin menyarankan agar negara Islam menggunakan dinar emas bagi melepaskan kebergantungan kepada mata wang dolar Amerika Syarikat dalam urus niaga.

Sementara itu, pensyarah ekonomi, Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Amir Baharuddin pula berkata, walaupun dinar emas tidak terdedah dengan spekulasi, namun untuk melaksanakannya ia mengambil masa.

Katanya, ini disebabkan kaedah tersebut sudah lama tidak digunakan namun ia sangat sesuai bagi mereka yang ingin menjalankan urus niaga mengikut cara Islam.

"Selain mengelakkan inflasi, penggunaan dinar emas juga membantu pembeli mendapatkan barang dengan harga sebenar," katanya.

Thursday, March 10, 2011

Memulakan Simpanan Emas Fizikal..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Selamat datang kepada tetamu dan pengikut Wilayah Sedar Emas yang diingati selalu. Saya mendoa kan agar kalian semua berada dalam keadaan sihat sentiasa disamping keluarga yang dikasihi.

Setelah sekian lama tidak menulis di ruangan ini, saya nak kongsi pendapat mengenai memulakan simpanan emas fizikal. Emas ada dalam pelbagai bentok samada jongkong, dinar mahupun perhiasan.. Yang mana satu pilihan anda?

Sedar Emas Trading mengalu-alu kan tindakan dari tuan puan sekalian supaya mula menyimpan emas sebagai aset dan mengunci nilai wang yang semakin merudum nilainya. Emas juga dapat memberikan manfaat bagi mengatasi inflasi yg kian meningkat. Lihat artikel lepas.

Berikut cadangan Sedar Emas Trading:


1. Jika ingin membuat pelaburan semata-mata. Hanya beli, simpan dan jual. Maka carilah emas berketulenan 999, murah dan diterima ramai. Di sini saya ingin mencadangkan emas jongkong jenis lady fortuna dan pamp suisse dalam julat berat 10gm, 20gm, 50gm, 100gm, 500gm dan 1kg. 




2. Jika ingin beli dan simpan emas sebagai pelaburan dan boleh digunakan semasa kecemasan dan kesuntukan sumber kewangan. Maka, kami cadangkan carilah emas berketulenan 999 yang mudah dimasukkan ke ar-rahnu untuk mendapatkan wang segera. Di sini, kami ingin mencadangkan Rantai Tangan 999 keluaran kami.


Senarai produk emas dan harga istimewa kami sila klik sini. Kami berharap cadangan ini membantu tuan puan untuk membuat keputusan. 


SEDAR EMAS BANYAK MANFAAT


Mohd Faqrul Radzi Bin Tahiruddin
Pengarah Urusan
Sedar Emas Trading (001993291-T)

Friday, January 21, 2011

Memperkenalkan Dinar Putra.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar tamu wilayah sedar emas sekalian. Saya mendoakan kesejahteraan kalian dan sentiasa bahagia disamping keluarga tercinta.

Pelbagai bentuk simpanan emas boleh kita laksanakan samada menyimpan jongkong, dinar, mahupun perhiasan / barang kemas.

Buat julung kali nya Sedar Emas ingin memperkenalkan Dinar Putra yang dikeluarkan oleh sahabat kepada Sedar Emas Trading. Buat pengumpul Dinar Emas kini anda mempunyai lebih pilihan untuk dijadikan sebagai koleksi.

Dinar Putra boleh dimiliki dengan harga promo istimewa cuma RM 624.00 (rujuk harga jualan).


Rajah 1: Pandangan Belakang

Rajah 2: Pandangan Hadapan

Hubungi Sedar Emas untuk makluman lanjut. Kos Pos akan dikenakan sebanyak RM20.00 untuk setiap bungkusan pos. Dasar kualiti kami menetapkan pembungkusan yang baik dan selamat bagi memastikan kepuasan pelanggan.


SEDAR EMAS BANYAK MANFAAT


Mohd Faqrul Radzi Bin Tahiruddin
Pengarah Urusan
Sedar Emas Trading (001993291-T)

Thursday, January 20, 2011

Harga Emas Mengejotkan Dunia

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Tamu Wilayah Sedar Emas yang dikasihi. Pada ketika saya menulis artikel ini (11.40 mlm, 20/01/11) harga emas berada pada tahap yang amat rendah berbanding kenaikan yg dipamerkan sebelum ini.

Pakar Ekonomi di Kitco.com menyatakan dengan jelas kejatuhan harga emas dunia adalah diakibatkan oleh pengukuhan Dollar Amerika.

Rajah 1: Penurunan Harga Emas.
When the US Dollar gets stronger, it takes fewer dollars to buy any commodity that is priced in $USD. When the US Dollar gets weaker it takes more dollars to purchase the same commodity.
The price of all US Dollar denominated commodities, like gold, will change to reflect the fact that it will take fewer or more dollars to buy that commodity. So it’s quite possible, in fact it’s almost always the case that a portion of the change in the price of gold is really just a reflection of a change in the value of the US Dollar. Sometimes that portion is insignificant. But often the opposite is true where the entire change in the gold price is simply a mathematical recalculation of an ever-changing US Dollar value.
When the dollar gets strong, gold appears to go down, and vice versa. That accounts for part of the fluctuations that we see in the value of gold.

The other part is an actual increase in the supply or demand for gold. If the price is higher when being measured not only in US Dollars, but also in Euros, Pounds Sterling, Japanese Yen, and every other major currency, then we know the gold demand is higher and it has actually increased in value.

Consequently, if gold is higher in US Dollars while at the same time cheaper in every other currency, then we can conclude that the US Dollar has weakened, and that gold has actually lost value in all other currencies. But the price, because it is being quoted in $USD will be higher and give the illusion of gold becoming more valuable. In such a case the devaluation of gold, due to increased supply on the market, is camouflaged by a weakened US Dollar.

Our feature on kitco.com breaks the change of the price of gold into 2 components. One part shows you how much of that change can be attributed to US Dollar strength, or lack of it. The other portion is indicative of how much the price changed as a result of normal trading. Interestingly whatever changes happen to the price of gold as a result of US Dollar strength/weakness also occurs to every other US Dollar denominated commodity by the exact same proportion.

Rajah 2: Kejatuhan Nilai Komoditi akibat pengukuhan USD


Kepada semua tamu dan pengikut Sedar Emas, ayuh kita mulakan simpanan emas. Ini merupakan peluang entry yang menarik untuk menyimpan emas.

SEDAR EMAS BANYAK MANFAAT.. 

Wednesday, December 15, 2010

Use Gold Dinar For Trade: Mahathir

Global trade should have reverted to the use of gold dinar following the decline in the value of the US dollar, said former prime minister, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Azizan Abdul Razak menyampaikan Anugerah Penaung Tetap LIFE dan Anugerah Insaniah-IRTI LIFE 2010 kepada Dr. Mahathir Mohamad di Langkawi, semalam. - BERNAMA
He said since the price of gold was difficult to fall, it was suitable for use worldwide compared with the US dollar now.
"At one time, US$35 was equal to one ounce of gold. But today, it is worth US$1,400, meaning the US dollar has already depreciated.

"That's the problem with fiat currency ... it devalues quickly and by very much. Gold never devalues like that.

"So, when you buy and sell using gold dinar, you get the real value," he told reporters after delivering his keynote address at the 2nd Langkawi Islamic Finance and Economics Conference, which ended here today.


On the gold dinar in Kelantan, he said, it was not suitable to be used as legal tender but for import and export. Dr Mahathir said Islamic countries should use Islamic financial system to help poor Islamic nations. 

"Although there are rich and poor Islamic countries, there must be a balance. We use Islamic finance to invest in the poor Islamic countries and help make them rich," he said. 

He said it was important Islamic system grew by itself and the countries use it to benefit the Islamic countries. 

"The Islamic financial system will grow when we are successful. Nowadays, we see that non-Muslims are using Islamic banking," he said. -- Bernama 

Source: Use gold dinar for trade: Mahathir