Sunday, March 28, 2010

ZaKat Emas Simpanan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Dalam mengejar kelebihan kurniaan Allah terhadap logam bernama Emas. Jangan dilupa tanggungjawab menunaikan zakat. Moga rezeki bertambah berkat.
Berikut artikel dikeluarkan oleh Pokya admin putremas.com. Moga dapat dirujuk untuk panduan. Jom Sedar Emas.



Syarat-syarat:

1. Islam
2. Merdeka
3. Sumber yang baik
4. Cukup nisab = 85gm
5. Cukup haul = 1 tahun masihi atau hijri
6. Sempurna milik.

Kadar = 2.5%

Kaedah Pengiraan:

1. Kira nilai minima simpanan selama tempoh setahun tersebut.

Contoh:
(Berikut sampel nilai minima setiap bulan)

Jan - 100gm
Feb - 200gm
Mac - 150gm
Apr - 100gm
Mei -120gm
Jun - 130gm
Jul - 150gm
Ogos - 170gm
Sep - 190gm
Okt - 250gm
Nov - 200gm
Dis - 180gm

Diperhatikan bahawa nilai minima yang disimpan selama setahun ialah 100gm. Maka zakat yang perlu dikeluarkan ialah

100gm x nilai emas semasa x 2.5%

Perkhidmatan Kalkulator Zakat Emas Pusat Zakat.



Tunaikan Zakat moga Allah beri manfaat.