Wednesday, April 28, 2010

Persoalan demi persoalan..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Saya doakan semoga tuan puan sentiasa berada dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya. Dalam kesibukan bekerja mencari rezeki yang halal, jangan kita abaikan aspek kesihatan diri dan keluarga.

Artikel saya pada hari ini memberi penekanan mengenai persoalan - persoalan yang timbul untuk mula menyimpan emas. Ada antara kita yang mungkin tak nampak bagaimana sebenarnya memperoleh keuntungan dengan emas. Antara persoalan yang bermain di fikiran :
  1. Macam mana nak beli emas?
  2. Ape nak buat dengan emas yang kite beli?
  3. Macam mana dapat keuntungan dengan emas?
Jawapan saya ulas seperti berikut :
  1. Macam mana nak beli emas?

 Rajah 1: Tempat mendapatkan emas (Gambar Hiasan)

Emas boleh dibeli di banyak tempat seperti kedai emas, internet, blog dan banyak lagi medium mendapatkan emas. Cuma yang membezakan ialah bagaimana mendapatkan emas dengan harga yang terbaik dan boleh menjual semula dengan harga yang terbaik. Kedai emas menjual emas pada harga semasa + upah dan membeli semula emas kita dengan spread 20% - 40% lebih rendah dari harga semasa pasaran emas. Walaupun kita telah menyimpan emas bertahun lamanya, kemudian kita disembelih 20% - 40% oleh tokey kedai emas bila nak jual semula.

Alternatifnya saya cadangkan supaya kita mendapatkan emas dari Public Gold & Public Dinar yang mempunyai agen pengedar di seluruh Malaysia. Saya merupakan salah seorang agen yang sah untuk dihubungi bagi mendapatkan emas. Emas yang diniaga mendapat pengesahan ketulenan dari Assayer dan jaminan beli balik emas dengan harga belian cuma 5% - 6% spread harga. 


Rajah 2: Gold Bar (999) & Dinar (916)

Maka jawapan kepada soalan di atas macam mana Nak Beli Emas? Jom Sedar Emas
Hubungi Radzi 012-5075308


     2.   Ape nak buat dengan emas yang kite beli?

Jawapannya kita hanya perlu simpan emas tadi di tempat yang selamat. Dan teruskan menambah aset emas sekiranya ada lebihan kewangan. Bagaimanapun saya ingin berpesan bahawa membeli emas adalah untuk simpanan jangka panjang. Sekiranya ada duit yang hendak disimpan untuk tempoh masa yang panjang maka tukarlah duit itu kepada emas InsyaAllah beroleh manfaat.


Rajah 3: Simpan emas di tempat selamat.


   3.   Macam mana dapat keuntungan dengan emas?

Tuan puan, dengan hanya menyimpan emas sebagai aset kita sebenarnya telah memasuki golongan yang beruntung dalam aspek ekonomi. Sejarah menunjukkan dengan jelas, kenaikan harga emas berlaku berkadaran dengan masa. Justeru itu, ayuh mula memiliki & menyimpan emas. Saya menasihati pembaca supaya kita semua mula menyimpan emas sebagai persiapan menghadapi kejatuhan nilai wang kertas / wang fiat yang menyumbang kepada inflasi dan krisis kewangan dunia.


Rajah 4: Graf harga emas 5 tahun ( sumber kitco.com)

Emas juga boleh melayakkan kita mendapat pinjaman kewangan tanpa faedah di Ar Rahnu (sistem pajak gadaian Islam). Tidak perlu penjamin, tidak perlu slip gaji 6 bulan, tanpa faedah, cuma perlu bayar upah simpan sahaja. Mereka bukan Ah Long mereka simpan emas dan kasi tolong. 


Rajah 5: Ar Rahnu terima emas & beri pinjaman sehingga 60% nilai emas.

Jom Sedar Emas.. Beli emas, Miliki emas, Simpan emas.. 

Moga Allah beri manfaat.
    

No comments:

Post a Comment