Thursday, April 29, 2010

Wang Kertas yang lemah..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Saya mendoakan supaya tamu Wilayah Emas sentiasa sihat dan menjalani kehidupan yang ceria selalu. Penulisan kali ini saya ingin berkongsi ilmu serba sedikit berkaitan dengan Wang Kertas atau juga dikenali sebagai Wang Fiat. Jom kongsi ilmu, moga Allah beri manfaat.

Sejarah Wang Kertas.

Wang Kertas pada mulanya adalah merupakan satu resit yang merujuk kepada simpanan emas dan perak pada tukang emas. Secara tidak langsung resit kertas ini boleh ditukar kembali kepada syiling emas dan perak sebenar yang diwakilinya.


=



Rajah 1 : Resit kertas yang mewakili 10 syiling emas.

Maka logiknya kertas bukan sebenar matawang, sebaliknya hanya mewakili emas yang merupakan komoditi bernilai yang dianggap sebagai  wang. Oleh itu jelas terbukti emas adalah sebenar matawang.

Wang Fiat diperkenal.


Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada rizab komoditi. Nilai wang fiat diberikan melalui perintah kerajaan yang menguatkuasakan wang fiat sebagai tender sah di sisi undang-undang di mana si penghutang boleh membayar hutang mereka dengan wang fiat tanpa perlu risau tidak diterima.




Tahun 1971 Amerika Syarikat bertukar kepada wang fiat. Pada ketika inilah, kebanyakan ekonomi negara-negara maju menyandarkan mata wang mereka kepada dollar Amerika Syarikat. Maka dengan ini kebanyakan ekonomi negara barat dan dunia keseluruhannya bertukar kepada sistem yang berasaskan wang fiat.




Wang Kredit berleluasa



Penggunaan wang kredit berkembang dengan kemunculan kad kredit yang membolehkan orang ramai membeli secara kredit tanpa perlu wang yang banyak. Dalam sistem ekonomi moden, bank akan meminjamkan wang melebihi dari rizab yang ia ada pada sesuatu masa. Dengan melakukan perkara ini, bank akan meningkatkan bekalan wang melebihi jumlah wang fiat yang ada. Walaupun bank tidak mempunyai wang fiat yang cukup jika sekiranya penyimpan mahu mengeluarkan semua wang mereka dalam akaun semasa (wang kredit), kebanyakan transaksi adalah dilakukan melalui cek atau secara elektronik.

Kelemahan Wang Kertas
  1. Bernilai hanya kerana disokong oleh Kerajaan memerintah. Sekiranya kerajaan jatuh dek peperangan maka tiada bernilai wang kertas berkepok.
  2. Terdapat had sempadan penggunaan wang tersebut. Keluar negara perlu guna matawang negara tersebut.
  3. Tidak boleh menyimpan nilai dan nilai sentiasa menyusut dalam jangka panjang.
  4. Mudah rosak.
  5. Kemerosotan wang terlalu tinggi dan boleh dimanipulasi pihak tertentu.


Melihat kepada ketidakstabilan nilai Wang Fiat Dunia yang sentiasa dimanipulasi aktiviti percetakan secara berleluasa maka tindakan menyimpan wang kertas memang tidak membawa faedah. Kita perlu sedar dan menyimpan emas yang diperakui seluruh dunia sebagai matawang dan logam komoditi yang berharga.




Seronok dapat berkongsi, manfaat Allah yang beri, berminat hubungi Radzi 012-5075308.

Jom Sedar Emas.

1 comment:

  1. COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram, harga semasa RM 1320.

    Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Harga belian semula yang hebat.

    Terima kasih.

    ReplyDelete