Wednesday, May 5, 2010

Dinar Emas Sebagai Simpanan yang Melindungi Nilai Wang


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Apa khabar tetamu Wilayah Emas yang dikasihi sekalian? Diharap berada dalam keadaan yang sihat sejahtera selalu. Artikel saya kali ini memberi penekanan yang spesifik terhadap Dinar Emas sebagai simpanan yang memberi banyak manfaat kepada kita dalam mencapai impian dan kehendak dalam kehidupan kita.

Rajah 1: Makkah Al Mukarramah.

Sebagai Umat Islam, pasti terdetik dalam hati kita untuk menyempurnakan Rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan fardhu Haji di Makkah. Pastinya cabaran utama yang kita hadapi ialah kos yang saban tahun semakin meningkat. Dulu - dulu ada 5 ribu boleh dah menunaikan Haji tapi sekarang kos meningkat sehingga 2 kali ganda malahan lebih mahal lagi dari tahun ke tahun. Bagaimana Dinar Emas dapat membawa manfaat untuk memudahkan urusan menunaikan haji akan diulas lanjut di bawah nanti.

Rajah 2: Kediaman Banglo (Gambar Hiasan)

Kehidupan yang selesa dengan kediaman yang tersergam indah pasti menjadi idaman setiap insan. Keinginan membina institusi keluarga dalam keadaan yang serba lengkap dan mewah menjadi pembakar semangat kepada individu untuk kerja dengan tekun mengumpul dana mengurangkan beban hutang dek pinjaman bank untuk memiliki rumah idaman. Dari tahun ke tahun mengumpul wang namun kos terus meningkat, kadar faedah pinjaman (konvensional) juga meningkat. Ketahuilah dengan menyimpan Dinar Emas mampu membantu mengurangkan perbelanjaan untuk memiliki rumah idaman. Ulasan lanjut di bawah nanti.  
Rajah 3: Kereta Mewah (Gambar Hiasan)

Kenderaan menjadi penentu kepada pernilaian masyarakat terhadap penampilan seseorang individu. Bos mesti naik kereta besar, Menteri naik BMW, Duta naik Mercedes. Masing-masing bawa identiti dengan kenderaan yang dimiliki. Jadi tak hairanlah orang melabor banya duit untuk memiliki kenderaan yang mempamerkan identiti mewah disamping keselesaan dan keselamatan pemanduan yang dijanjikan. Menyimpan Dinar Emas dari sekarang bantu anda kecapi impian anda 10 tahun akan datang.

Bagaimana Merealisaikan kehendak & keinginan seperti di atas:
  1. Jika anda baru mula bekerja pada tahun 2010 dalam lingkungan usia 20 an, maka berazamlah menyimpan sedikit gaji anda setiap bulan untuk mendapatkan Dinar Emas simpanlah 2 Dinar Emas dalam tempoh setahun. Pasti manfaat untuk anda untuk tempoh yang mendatang.
  2. Jika anda telah stabil dalam kerjaya memiliki pendapatan yang sentiasa berlebihan setiap bulan maka azamlah miliki Dinar Emas sebulan 1 Dinar Emas atau 2 bulan 1 Dinar Emas.
  3. Jika anda pekerja yang telah hampir ke tempoh persaraan di usia 50 an, dengan pendapatan yang banyak simpanlah Dinar Emas untuk anak & cucu di masa hadapan yang pasti amat mencabar buat mereka.
Rasional Cadangan Menyimpan dan Memiliki Dinar Emas.
  1. Kenaikan harga emas adalah berkadaran dengan masa. Manakala nilai wang kertas semakin menyusut berkadaran dengan masa. Maka simpanlah nilai wang anda dalam bentuk emas.
  2. Keadaan matawang dunia bersandar kepada nilai USD yang ketika ini amat lemah. USD dicetak sewenang- wenang untuk mengatasi isu kegawatan ekonomi mengakibatkan kejatuhan nilai yang amat dahsyat. Sistem kewangan dunia dimanipulasi dan terancam.
  3. Kadar inflasi semakin meningkat.

Kesimpulan:

  1. Setelah mendaftar di Tabung Haji untuk menunaikan Fardhu Haji, giliran anda adalah 10 tahun lagi. Maka mula lah menyimpan Dinar Emas dari sekarang untuk tempoh tersebut, InsyaAllah Allah mudahkan urusan menunaikan fardhu haji.
  2. Berkehendak miliki kediaman yang hebat 20 tahun lagi, jadi mula lah memiliki Dinar Emas sekarang, InsyaAllah kurang bebanan hutang hendak ditanggung nanti.
  3. Ingin miliki kereta mewah 5 tahun lagi, simpan dinar Emas dari sekarang InsyaAllah Down payment dah tersedia tak perlu risau.
Segala manfaat dan kelebihan dikurnia Allah maka jangan kita leka mengejar kemewahan dunia sahaja. Ayuh bantu diri dan bantu saudara seagama kita. Teruskan berkongsi ilmu.

Moga Allah Kurnia Manfaat. Jom Sedar Emas.


No comments:

Post a Comment