Thursday, May 13, 2010

Dunia mula Sedar Emas..

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Saya doakan semoga tuan puan tamu Wilayah Emas berada dalam keadaan kesihatan yang  baik untuk menjalankan tugasan serta bekerja mencari rezeki.

Harga pasaran emas dunia melonjak naik ke paras tertinggi 1245 USD / Oz pada minggu yang lalu. Alhamdulillah ramai yang mula menuai keuntungan emas dan tak kurang yang menambah aset dan terus menyimpan emas untuk keuntungan yang lebih hebat.

 Rajah 1: Keratan Akhbar Kosmo 14/5/10

Terbaca di Akhbar Kosmo harini (14/5/10) menceritakan mengenai usaha di Dubai menyediakan Mesin mengeluarkan kepingan emas untuk memudahkan pemilikan emas dikalangan golongan elit di Dubai. Usaha ini memperlihatkan kesedaran mengenai emas telah meluas di seluruh dunia.

Bagaimanapun kesedaran ini kebanyakannya hanya mampu direalisasikan oleh golongan-golongan elit dan berpendapatan mewah. maka yang kaya akan terus kaya. Jika yang memiliki emas itu Islam, maka pasti keuntungan harga emas yang sentiasa menaik itu akan dizakat untuk membantu ummah.

Maka saya menyeru kepada golongan sederhana untuk setidaknya mula menyimpan emas. Yakinlah bahawa Allah beri manfaat yang cukup hebat kepada logam emas. Jadi sekiranya cukup uruf, maka tunaikanlah zakat emas sebagai tanda syukur kepada Allah..



No comments:

Post a Comment