Friday, November 12, 2010

SEDAR EMAS TRADING (001993291-T)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar tamu & pengikut wilayah sedaremas? Doa saya agar kalian sentiasa sihat dan berbahagia disamping keluarga tercinta..

Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa team sedaremas telah melangkah setapak ke hadapan dengan pembentukan syarikat yang menjalankan urusniaga jual beli emas disamping menyediakan perkhidmatan perundingan emas.

Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat.
Ditubuhkan pada 8 November 2010, SEDAR EMAS TRADING berhasrat mengembangkan ilmu emas ke seluruh pelusuk negara. Melalui Syarikat yang telah didaftarkan kami akan memberikan perkhidmatan terbaik dalam perundingan dan panduan memaksimumkan keuntungan emas InsyaAllah.

Saya sedia berkongsi ilmu emas dengan tuan/puan..

SEDAR EMAS BANYAK MANFAAT

MOHD FAQRUL RADZI BIN TAHIRUDDIN
PENGARAH URUSAN
SEDAR EMAS TRADING

Thursday, November 11, 2010

Dr. M ulas sistem kewangan baru

KUALA LUMPUR 10 Nov . - Tun Dr . Mahathir Mohamad berkata, sistem kewangan baru perlu dirangka dan perlu bersandarkan kepada sesuatu yang mempunyai nilai sebenar umpamanya emas . Bekas Perdana Menteri itu berkata, ketiadaan bahan sandaran sama ada dalam bentuk emas , logam
berharga atau mata wang asing akan mengurangkan kredibiliti mata wang berkenaan .

" Dolar Amerika Syarikat (AS ) misalnya tidak mempunyai sandaran langsung tetapi mata wang negara - negara lain termasuklah Ringgit Malaysia (RM ) disandarkan dengan emas atau apa yang dipanggil sebagai mata wang nyata dalam bentuk rizab ," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptama pada Kongres Akauntan Sedunia 2010 di sini hari ini. Hadir sama , Presiden Institut Akauntan Malaysia, Abdul Rahim Abdul Hamid .

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, ketika semua orang tahu penyalahgunaan sistem perbankan telah menyebabkan krisis kewangan sebelum ini tetapi tiada siapa yang berusaha untuk menukar sistem sedia ada. Katanya, pihak yang gembira dengan sistem sedia ada hanyalah peniaga mata wang yang mampu meraih keuntungan yang tinggi apabila mata wang menjadi tidak stabil . " Bagaimanapun mereka ini tidak menyumbang apa-apa kepada kesejahteraan hidup orang lain , tiada pekerjaan, tiada barangan atau perkhidmatan dan tiada perniagaan yang menghasilkan sesuatu . " Hakikatnya mereka berkembang maju di atas kesengsaraan orang lain dan kemuflisan individu, bank atau negara ," katanya.

Sehubungan itu , Mahathir menyeru para akauntan supaya memainkan peranan positif dengan memberitahu golongan yang ' kaya' itu supaya menghentikan penyalahgunaan sistem . Katanya, golongan kaya yang menyebabkan krisis akibat tindak- tanduk mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sekarang adalah miskin kerana mencetak wang tidak akan membuatkan mereka kaya semula .

Monday, November 1, 2010

'Dolar seperti tisu tandas’– Dr. M


KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang

Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.
Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.
Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.
“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.
Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.
Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.
Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.

“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.
Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

Sumber : Utusan Malaysia