Thursday, November 11, 2010

Dr. M ulas sistem kewangan baru

KUALA LUMPUR 10 Nov . - Tun Dr . Mahathir Mohamad berkata, sistem kewangan baru perlu dirangka dan perlu bersandarkan kepada sesuatu yang mempunyai nilai sebenar umpamanya emas . Bekas Perdana Menteri itu berkata, ketiadaan bahan sandaran sama ada dalam bentuk emas , logam
berharga atau mata wang asing akan mengurangkan kredibiliti mata wang berkenaan .

" Dolar Amerika Syarikat (AS ) misalnya tidak mempunyai sandaran langsung tetapi mata wang negara - negara lain termasuklah Ringgit Malaysia (RM ) disandarkan dengan emas atau apa yang dipanggil sebagai mata wang nyata dalam bentuk rizab ," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptama pada Kongres Akauntan Sedunia 2010 di sini hari ini. Hadir sama , Presiden Institut Akauntan Malaysia, Abdul Rahim Abdul Hamid .

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, ketika semua orang tahu penyalahgunaan sistem perbankan telah menyebabkan krisis kewangan sebelum ini tetapi tiada siapa yang berusaha untuk menukar sistem sedia ada. Katanya, pihak yang gembira dengan sistem sedia ada hanyalah peniaga mata wang yang mampu meraih keuntungan yang tinggi apabila mata wang menjadi tidak stabil . " Bagaimanapun mereka ini tidak menyumbang apa-apa kepada kesejahteraan hidup orang lain , tiada pekerjaan, tiada barangan atau perkhidmatan dan tiada perniagaan yang menghasilkan sesuatu . " Hakikatnya mereka berkembang maju di atas kesengsaraan orang lain dan kemuflisan individu, bank atau negara ," katanya.

Sehubungan itu , Mahathir menyeru para akauntan supaya memainkan peranan positif dengan memberitahu golongan yang ' kaya' itu supaya menghentikan penyalahgunaan sistem . Katanya, golongan kaya yang menyebabkan krisis akibat tindak- tanduk mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sekarang adalah miskin kerana mencetak wang tidak akan membuatkan mereka kaya semula .

No comments:

Post a Comment