Monday, July 25, 2011

Dinar emas baik, tetapi perlu ambil masa



Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Apa Khabar tetamu Wilayah Emas yang dikasihi sekalian. Saya mendoakan moga kalian sentiasa gembira dan sihat bersama keluarga. Terasa sekian lama saya tidak mengarang di wilayah ini dek kerana kesibukan kerjaya. kali ini saya ingin memaparkan arkib berita di akhbar yang ada berkaitan dengan emas moga kita semua dapat mengambil iktibar.

KUALA LUMPUR 10 Julai - Beberapa pakar ekonomi berpendapat penggunaan dinar emas dalam urus niaga merupakan cadangan yang baik tetapi ia memerlukan beberapa penyesuaian sebelum dapat dilaksanakan.

Penganalisis ekonomi, Dr. Haim Hilman berkata, sebagai permulaan, penggunaan dinar emas boleh dimulakan di antara syarikat dengan syarikat sebelum diperluaskan ke peringkat urus niaga harian.

"Jika dilakukan menggunakan pendekatan yang komprehensif, ia pasti boleh menggantikan sistem mata wang yang sedia ada," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketua Hakim Syarie Kedah, Datuk Syeikh Yahaya Yusof kelmarin menyarankan agar negara Islam menggunakan dinar emas bagi melepaskan kebergantungan kepada mata wang dolar Amerika Syarikat dalam urus niaga.

Sementara itu, pensyarah ekonomi, Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Amir Baharuddin pula berkata, walaupun dinar emas tidak terdedah dengan spekulasi, namun untuk melaksanakannya ia mengambil masa.

Katanya, ini disebabkan kaedah tersebut sudah lama tidak digunakan namun ia sangat sesuai bagi mereka yang ingin menjalankan urus niaga mengikut cara Islam.

"Selain mengelakkan inflasi, penggunaan dinar emas juga membantu pembeli mendapatkan barang dengan harga sebenar," katanya.

No comments:

Post a Comment